Friday, March 18, 2016

Tips Memilih Jurufoto Perkahwinan


Berikut adalah sikit tips dalam memilih jurufoto untuk majlis perkahwinan anda atau adik anda atau abang kakak anda...

1. Budget
Dapatkan harga pakej. Jika harga melampaui budget, jurufoto adalah manusia dan mereka boleh dibawa berbincang. Jurufoto yang baik adalah jurufoto yang boleh dibawa berbincang berkaitan harga dan pakej. Tips nak dapatkan harga pakej yang murah
 i. sediakan accomodations dan transportation untuk jurufoto. Sebaiknya selengkap yang boleh.
 ii. cari jurufoto dari kalangan yang biasa2x tapi mempunyai kualiti kerja yang baik. kalau budget ciput jangan mintak quote dari well known photog.
 iii. jika boleh, cari photographer yang based dari tempat majlis atau terdekat kerana ini boleh menjimatkan kos transportations dan accomodations dalam pakej yang anda kehendaki.Selain itu guna tips i.

2. Kualiti/hasil kerja
Browse thru internet instagram, facebook dan blog sebab majoriti photographer ada website atau FB page untuk promote hasil kerja masing dan sebagai portfolio. Rajin2x usyar dan pm dan pastikan mereka tak pakai gambar photographer lain untuk promote sebab kelak anda yang merana.

3. Harga
Berkait rapat dengan tips no 1. Yang mahal tak semestinya bagus,yang murah tak semestinya teruk...tapi jika anda subscribe pakej murah contohnya shoot and burn,  jangan nak expect photographer akan edit setiap gambar anda jadi print kualiti.

4, Selesa
Jika boleh, carilah photographer yang anda selesa nak bekerja bersama. Elakkan memilih ex boyfriend as your wedding photographer as ia sangat NONONONO.... Jika pengantin selesa berkerja dengan anda, anda akan lebih natural dalam gambar dan gambar yang akan terhasil akan menjadi marvelous-marvelous....